Tuesday, December 18, 2012

Sukar Untuk Mendapatkan Zuriat....Set Kesuburan Shaklee

Sebelum itu tahniah la kepada sesiapa yang bakal menjadi ibu...yelah memang tidak dapat dinafikan begitu bahagia diri sesorang wanita sekoranya dikurniakan zuriat sendiri...Tetapi bagi pasangan yang belum dikurniakan zuriat sendiri jangan berputus asa sekiranya berusaha pasti berjaya..Ketahui juga punca-puncanya samada faktor kesuburan, genetik, pemakanan, cara hidup dan sebagainya...

[Info kesuburan]
Shaklee menawarkan suplimen untuk kesuburan bagi wanita dan lelaki. Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita.
Tidak!!!!!!! Ini tidak adil.... Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki!
Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:
• Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan
   ketidakseimbangan hormon.
• Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke
   uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan,
  atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
• Penyakit berkaitan kelamin.
• Penyakit berkaitan masalah pelvik.
• Merokok.
• Pengambilan kafein yang berlebihan.
• Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
• Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita
  mencapai umur 35 tahun).


Punca lelaki tidak subur:
• Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
• Sperma kurang cergas
• Sperma yang tidak sempurna
• Sekatan pada saluran semen
• Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi
  panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.


Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
• Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan
   emosi.
• Pendedahan terhadap punca radiasi.
• Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan
   sebarang racun lain.


Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:

Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki &
wanita.

Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.

Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.

B Complex – Membantu member mood yg baik dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.


Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Perlu diingatkan pengambilan supplement adalah sebagai salah satu cabang usaha.



SET KESUBURAN WANITA
---------------------------

Merupakan kombinasi Set Asas (Vita-Lea, Vita-C dan B-Complex), Energizing Soy Protein (ESP), Alfalfa Complex dan GLA Complex. Pengamalan set ini secara konsisten dapat membantu mengatasi masalah kesuburan yang dialami oleh wanita. Tetapi pengambilan kombinasi kesemua supplement di atas adalah tidak wajib kerana pengambilan supplement adalah berdasa
rkan masalah spesifik yang dialami.

- Pengambilan Set Asas boleh membantu mengembalikan kesihatan wanita pada tahap yang optimum. Kesuburan wanita sangat dipengaruhi oleh tahap kesihatan baik mental mahupun fizikal. Apabila kesihatan seseorang wanita itu tidak pada tahap seoptimum mungkin dan ditambah pula dengan stress kerja seharian, pengeluaran hormon serta penghasilan sel telur (ovum) akan terjejas.

- Protein adalah salah satu komponen penting dalam pembentukan sel termasuklah sel telur. Pengambilan ESP dengan konsisten boleh membantu dalam pembentukan sel telur yang sihat bagi meningkatkan kesuburan wanita.

- Pengambilan Alfalfa Complex akan membantu meningkatkan kesihatan dalaman wanita, sebagai perapat dan membantu menghilangkan masalah keputihan. Isteri yang sering rasa sakit apabila bersama suami juga disarankan untuk mengamalkan Alfalfa.

- Pengambilan GLA Complex secara konsisten boleh membantu membaiki masalah period yang sering dialami oleh wanita.



SET KESUBURAN LELAKI
-----------------------------

Merupakan kombinasi Set Asas (Vita-Lea, Vita-C dan B-complex), Energizing Soy Protein (ESP), Vita-E dan Zinc Complex. Pengamalan set ini secara konsisten dapat membantu mengatasi masalah kesuburan yang dialami oleh lelaki. Tetapi pengambilan kombinasi kesemua supplement di atas adalah tidak wajib kerana pengambilan supplement adalah berdasarkan m
asalah spesifik yang dialami.

- Pengambilan Set Asas boleh membantu mengembalikan kesihatan lelaki pada tahap yang optimum. Kesuburan lelaki boleh dipengaruhi oleh tahap kesihatan baik mental mahupun fizikal. Apabila kesihatan seseorang lelaki itu tidak pada tahap seoptimum mungkin dan ditambah pula dengan stress kerja seharian, pengeluaran hormon serta penghasilan sel sperma akan terjejas.

- Protein adalah salah satu komponen penting dalam pembentukan sel termasuklah sel sperma. Pengambilan ESP dengan konsisten boleh membantu dalam pembentukan sel sperma yang sihat bagi meningkatkan kesuburan lelaki.

- Pengambilan Vitamin E akan membantu menstabilkan hormon reproduktif dan bertindak sebagai antioksidan bagi merawat sel badan yang rosak.

- Pengambilan zink pula membantu meningkatkan tahap hormone testosteron dan bilangan sel sperma 







 

No comments:

© Blog Mama Aidiel & Adiena | Template Designed By Blog Bingkisan Hati