Tuesday, May 27, 2014

MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE

BAGAIMANA NAK MENDAFTAR AHLI @ PENGEDAR SAH SHAKLEE ??

Selalu saya mendapat pertanyaan bagaimana nak menjadi ahli shaklee ni ..

Anda mempunyai 2 pilihan: 

1. Anda boleh mendaftar dengan bayaran sebanyak RM65 dan bayaran pos RM10 untuk semenanjung dan RM20 untuk Sabah Sarawak,

2. Anda membuat pembelian sebanyak 200uv iaitu dalam lingkungan RM680 untuk mendapat keahlian PERCUMA. Anda hanya perlu menghubungi saya & saya akan uruskan pendaftaran atau datang sendiri ke branch terdekat dengan menggunakan ID saya sebagai sponsor/upline.


Begkit yang anda akan dapat selepas mendaftar berserta dengan ID Shaklee

Sekiranya anda memilih pilihan kedua, anda berpeluang menikmati CASH BONUS. Dalam shaklee bonus bermula dari RMxx hinggalah mencecah 3, 4, 5 atau  6 angka sekiranya anda minat dan fokus untuk berbisnes. TIADA PAKSAAN.  



Apa kelebihan menjadi ahli?

* boleh membeli produk dengan harga ahli & mengumpul point dlm bentuk uv

* jika rajin berkongsi kebaikan vitamin Shaklee, boleh meningkatkan uv tanpa ada downline.

* jika mencapai minimum 150 uv (lebih kurang belian RM450 sebulan) boleh menukarkan uv kepada cash (lebih kurang RM22.50. Siapa nak bagi kita RM22.50 tu kan?)

* jika berminat untuk serius berbiz, ada kelas khas disediakan. dan coaching dengan mentor2 yang sudah berjaya.

* Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local & international/Umrah yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee jika cukup syarat.

Apa kelebihan mendaftar ?

Sekiranya anda serius berbiz Shaklee, Kami menawarkan training & guidance berterusan kepada anda, tidak kira di mana anda berada di seluruh Malaysia. Tidak perlu menghadiri kursus setiap minggu, tidak perlu meninggalkan anak kecil untuk maju dalam biz Shaklee. Semuanya di hujung jari anda. 

Dengan ilmu, disiplin dan kerajinan, kami pasti anda juga boleh berjaya seperti yg lain. 
In Sha Allah.

Hanya kita yg boleh mengubah nasib diri dan keluarga. Insya allah...

Berminat?
Saya akan guide anda dari A to Z..dari ZERO to HERO!!
Nor Asmah  
Call/sms/whatsapp :  012 6259522

♥ TERIMA KASIH ♥

Kepentingan Asid Folik Untuk Hamil

Kepentingan Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan
Assalamualaikum..
Selalu kita dengar kalau untuk kesuburan dan hamil soalan yang bertanya..ada makan folik asid ??
Sebenarnya untuk apa yer..

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh.
Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. 
Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia sangat PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah(anemia). 
  3. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  4. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •           Sumbing lelangit (cleft palate)
  •           Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •           Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •           Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertamaIni kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesisBagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  

NAK suplemen SHAKLEE yang ada  FOLIC ASID ?

Shaklee menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Jom kenali dua-dua produk yang terbaik ini.

Vitalea  120biji


B complex 120biji
B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)? 

  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Note: Folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.


Nak dapatkan kedua-dua suplemen ini? atau mana-mana satu.. boleh hubungi saya..

Contact Info:

Nor Asmah Hashim 

Call/sms/whatsapp: 012-6259522
Email: rinas812002@yahoo.com 

FB page : MamaFazryn Shoppe

♥ TERIMA KASIH ♥

Wednesday, May 21, 2014

Kesan penyakit TALASEMIA

Ujian saringan darah tidak hanya difokuskan bagi memastikan diri bebas HIV sebaliknya ia perlu dilakukan bagi mengesan penyakit talasemia.
Apa itu TALASEMIA ???
Penyakit genetik atau keturunan ini mengganggu pembentukan sel darah merah yang normal. Kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan kulit seseorang individu itu kelihatan pucat disebabkan paras hemoglobin yang rendah. 


Hemoglobin pula ialah protein yang kaya zat besi dalam sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen. Kadar hemoglobin yang rendah dan jumlah sel darah merah yang kurang disebabkan talasemia menyebabkan pesakit cepat penat. 

Mungkin masih ramai tidak mengetahui betapa serius penyakit ini sekiranya tidak diberikan perhatian khusus terutama bagi pembawa iaitu penghidap talasemia minor berkahwin dengan individu yang turut menghidap talasemia minor.
Ini kerana setiap anak yang dilahirkan mempunyai 25 peratus risiko untuk mengalami talasemia major (talasemia), 50 peratus untuk mengalami talasemia minor (pembawa) dan 25 peratus lagi bebas daripada penyakit keturunan ini.
Bagi pembawa atau penghidap talasemia minor, mereka tidak mengalami sebarang gejala penyakit. Namun kebanyakan orang hanya sedar mereka penghidap talasemia minor apabila anak yang dilahirkan mengalami gejala penyakit ini seperti pucat, mudah letih dan perut buncit disebabkan hati dan limpa membengkak. 

Ketua Jabatan Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Zarina Abd Latiff berkata, anak yang mengalami talasemia kelihatan normal sewaktu lahir dan gejala hanya akan timbul atau dapat dilihat selepas berusia empat atau lima bulan akibat kekurangan sel darah merah yang menyebabkan kulitnya pucat. 

“Setiap tahun dianggarkan 150 hingga 350 bayi dilahirkan dengan talasemia major dan penyakit ini boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut. 

“Justeru, bakal ibu dan bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak tidak mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kelangsungan kehidupan normal mereka,” katanya. 

Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit ini katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan Program Pencegahan dan Kawalan Talasemia sejak 2004. 

Ia sebahagian daripada usaha dilakukan Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya talasemia, penyakit baka kekurangan sel darah merah. 

“Tiada rawatan khusus untuk memperbetul penyakit ini kerana ia membabitkan genetik. Apa yang boleh dilakukan adalah menjalani pemeriksaan saringan bagi mengelakkan risiko mempunyai anak menghidap penyakit ini pada masa akan datang,” katanya. 

Ini bermakna, jika anda pembawa talasemia, elakkan berkahwin dengan pembawa talasemia, sebaliknya memilih individu yang tiada masalah ini. Melalui cara itu, peluang untuk anak mewarisi penyakit ini jauh lebih rendah dan hanya akan jadi pembawa saja. 

Gejala talasemia 
  • Lemah

  • Nafas pendek

  • Kulit berwarna pucat

  • Mengalami jaundis atau demam kuning

  • Pembentukan tulang muka yang tidak normal

  • Proses tumbesaran perlahan

  • Air kencing berwarna gelap

  • Perut buncit
Katanya, jika tidak dirawat segera talasemia boleh membawa maut disebabkan kesan anemia yang serius seperti kegagalan jantung dan jangkitan kuman. Selain itu, jika hanya mendapat rawatan pemindahan darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, ia akan terkumpul di dalam organ kritikal seperti jantung, hati, tiroid dan pankreas serta boleh mengganggu fungsi organ terbabit. 

Adakah talasemia boleh berjangkit? Tidak. Talasemia bukan penyakit berjangkit kerana ia diwarisi daripada ibu bapa. 

Bolehkah ia dicegah? Ya. Talasemia major boleh dicegah sekiranya pasangan yang ingin berkahwin mengetahui status mereka. Jika pembawa ingin berkahwin dengan pembawa lain, mereka perlu dinasihati mengenai risiko mendapat anak yang mungkin menghidap masalah talasemia major. Risiko 25 peratus itu untuk setiap kehamilan. Ini bermakna ada kemungkinan semua anak mereka menghidap talasemia major atau semua anak terselamat. Namun peluang untuk menjadi pembawa talasemia adalah tinggi iaitu 50 peratus. Jika pembawa berkahwin dengan bukan pembawa, anak mereka tidak akan mendapat talasemia major. Rawatan 1. Talasemia pada tahap sederhana hingga serius memerlukan pemindahan darah yang kerap. Setiap kali pemindahan darah dilakukan, lebihan zat besi terbentuk dan jika tidak disingkirkan boleh menjejaskan jantung, hati dan organ lain. 
Golongan ini perlu melakukan pemindahan darah setiap bulan sepanjang hayat iaitu daripada peringkat bayi hingga dewasa. Tanpa bekalan darah mencukupi pesakit menjadi lemah, tidak bermaya dan tidak berupaya untuk menjalankan aktiviti harian. 

2. Untuk menyingkirkan lebihan zat besi, pesakit perlu menyuntik ubat yang dicucuk di bawah kulit dan prosesnya mengambil masa yang lama. Pesakit perlu disuntik dengan ubat hampir setiap hari menggunakan jarum yang disambung kepada pam khas berterusan antara lapan hingga 10 jam. Disebabkan itu, proses terbabit dilakukan pada sebelah malam. Lebihan zat besi akan keluar melalui air kencing atau peluh. 
3. Untuk kes lebih serius, pemindahan sum sum tulang diperlukan tetapi untuk mengelakkan risiko memudaratkan penderma perlu dalam kalangan adik-beradik atau keluarga terdekat.Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20


♥ TERIMA KASIH ♥

14 AMALAN DILUASKAN PINTU REZEKI

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Alhamdulillah..bulan Mac lalu berkesempatan ke kedai buku. Terpandang majalah ANIS yang bagi saya amat menarik tajuk yang di bincangkan. "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI"

Pada muka surat 28 ada tertulis 14 AMALAN DILUASKAN REZEKI. Artikel yang disumbangkan oleh Allahyarham Ustaz Rujhan M. Razali.

1. SENTIASA BERTAKWA KEPADA ALLAH
Firman Allah swt "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar (daripada kesusahan) dan Dia meberi rezeki kepadanya daripada (sumber) yang tidak pernah diduga.." (Ath-Thalaq 65:2-3)

2.BERBAKTI KEPADA IBUBAPA
Rasullullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya nescaya sungguh bahagia hidupnya. Allah akan panjangjan umurnya (apabila umur panjang rezeki juga bertambah) " Riwayat Bukhari dan Hakim, daripada Muaz bin Anas)

3. MENJALINKAN SILATURAHIM
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang ingin meluaskan rezekinya dan panjangkan umurnya hendaklah dia menghubungkan silaturahim." (Riwayat Bukhari)

4. BANGUN PAGI 
Sabda Rasulullah SAW lagi:"Bersegeralah mencari rezeki dan keperluan hidup, kerana berpagi-pagi mencari rezeki itu adalah mendapat barakah dan kejayaan," (Riwayat Ibnu 'Adi daripada Aisyah)

5.MELAZIMKAN MEMBACA SURAH AL-WAQI'AH
Sabda Rasulullah SAW "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam, nescaya terhinda daripadanya kepapaan". (Riwayat Bukhari)

6. SOLAT DHUHA
Melazimkan Solat Dhuha, maka sesetengah daripada fadhilat ialah menyebabkan murah rezeki atas orang-orang yang melakukannya.

7. MELAZIMKAN ISTIGHFAR
Mafhum hadis:" Barang siapa yang melazimkan istighfar maka akan dilepaskan dia daripada kesulitan dan diberikan kepadanya rezeki daripada sumber yang tidak diduga."

8. BERTAWAKAL KEPADA ALLAH
Rasulullah SAW bersabda:"Sungguh!Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Merea kelar pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang."

9. BERIBADAH KEPADA ALLAH DENGAN BERSUNGGUH
Firman Allah dalam Hadis Qursi:"Wahai anak Adam !Beribadahlah kepada-ku, nescaya Aku penuhi (hatimu yang ada) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika tidak kamu lakukan, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak aku penuhi keperluanmu."

10. MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH
Rasulullah SAW bersabda:"Tunaikanlah haji dan umrah kerana sesungguhnya kedua-duanya kehilangan kemiskinan dan dosa, sebagaiman api dapat menghilangkan kotoran besi , emas dan perak.

11. BERINFAK DI JALAN ALLAH
Firman Allah SAW :"Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezejki dengan sebaik-baiknya."(Saba' 34:39)

12: MEMBERI NAFKAH KEPADA PENUNTUT ILMU
Mafhum hadis: "...Mudah-mudahan engkau diberikan rezeki dengan sebab dia".

13. MEMBANTU ORANG YANG LEMAH
Mafhum hadis:" ...Bukankah kamu ditolong dan diberi rezeki lantaran orang yang lemah dikalangan kamu."

14. MENJAUHI DOSA BESAR DAN KECIL

~Semoga artikel ini dapat kita amalkan supaya Allah meluaskan rezeki kita.Amin... 
Renung-renungkan..
Selamat beramal...


♥ TERIMA KASIH ♥

Mealshake bagi Tambah Berat Badan Anak

Bagaimana Mealshake Tambahkan Berat Anak

Dalam pada obesiti dikalangan kanak-kanak meningkat, ramai juga ibu bapa yang pening kepala anak memilih sangat nak makan, berat badan tak bertambah sampai takut nak bawa chek-up rutin ke klinik. Bimbang kena marah dengan jururawat berat badan anak masih di bawah garisan kuning. Mealshake shaklee dapat bantu naikkan berat badan anak-anak. 

Tetapi untuk peringatan, mealshake tak jadikan anak anda obesiti dan mealshake bukan makanan pengganti untuk tumbesaran anak anda.





 Mealshake shaklee adalah supplement-MAKANAN TAMBAHAN. Bukan ubat
   ajaib


- Mealshake menyokong keperluan nutrisi yang diperlukan proses 
   tumbesaran anak-anak

- Mealshake mengandungi  23 vitamin dan mineral perlu.

- Vitamin-vitamin dan mineral dalam mealshake memperbaiki fungsi 
   tubuh termasuk signal selera makan.

- Mealshake sebagai pelengkap vitamin dan mineral. Anak yang sedang 
   membesar sangat memerlukan MAKANAN TULEN YANG BERKHASIAT 
   mengikut piramid makanan.

- Mealshake meninggikan sistem imun tubuh anak anda. Jadi Anak anda 
   Insyaallah jarang jatuh sakit. (Bila jatuh sakit, selera makan lagi 
   menurun dan berat badan turut menurun).


♥ TERIMA KASIH ♥

CoQHealth Plus Shaklee Suplement Terbaik Untuk Jantung, Hati dan Buah Pinggang

Apakah CoQ Health Plus ??
CoQ Health Plus Shaklee ialah supplemen yang mengandungi ko-enzim Q10. Ko-Enzim Q10 memainkan peranan penting untuk menghasilkan tenaga dari dalam sel badan kita. Q10 juga bertindak sebagai antioksidan serap lemak.




Apakah peranan Co enzim Q10?


Apakah Fungsi Co-enzim Q10

Fungsi-Fungsi penting Ko-Enzim Q10 adalah seperti berikut:
1. Untuk kesihatan jantung
  • membantu untuk mencegah penyakit-penyakit kardiovascular termasuk arteri tersumbat
  • menguatkan otot-otot jantung
  • memperbaiki mutu kehidupan dan kesihtan mereka yang telah mengalami kegagalan fungsi jantung
  • membantu untuk mengawal tekanan darah

2. Untuk penyakit kanser

Para doktor telah menggunakan Co-enzim Q10 untuk membantu pesakit kanser payudara dan menyokong kesihatan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi.

3. Untuk penyakit kencing manis

Co-enzim Q10 dapat menambah penghasilan insulin yang mana membantu pesakit yang menghidap kencing manis

4. Untuk kesihatan gusi

Co-enzim Q10 telah digunakan untuk mereka yang mempunyai simptom bagi sakit gusi dan ‘muscular dystrophy’ dan menghasilkan keputusan yang sangat memberangsangkan.

5. Untuk kesihatan minda

Ujian klinikal telah menunjukkan pesakit yang menghidap Parkinson mendapat manfaat dari pengambilan ko-enzim Q10.

6. Untuk mengurangkan berat badan

Obesiti boleh juga dikaitkan dengan kekurangan ko-enzim Q10 di dalam tubuh badan. Kajian juga telah menyarankan bahawa ko-enzim dapat membantu pesakit yang mengalami sindrom cepat penat yang kronik.

7. Untuk kesuburan lelaki

Dalam kajian yang melibatkan pesakit lelaki tidak subur, ko-enzim Q10 didapati meningkatkan kuantiti sperma, meningkatkan kualiti sperma sekaligus menyebabkan peningkatan kadar kesuburan.
 Apakah Simptom Kekurang Co-Enzim Q10?
Co-enzim hanya terdapat dalam beberapa jenis sumber makanan. Ini menyebabkan ramai orang kekurangan ko-enzim Q10 di dalam tubuh badan mereka sekaligus boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan mereka.
Antara simptom-simptom kekurangan Co-enzim Q10 ialah:
  • Kegagalan fungsi jantung
  • angina
  • valve prolapse
  • tekanan darah tinggi
  • strok
  • kekurangan tenaga
  • jangkitan gusi
  • melemahkan sistem imun badan

Apakah Manfaat CoQ Health Plus Shaklee?

  • mengandungi koenzim Q10 yang penting untuk sel tubuh bagi menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi
  • mengandungi semua proprieteri semulajadi daripada campuran 28 mg CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau
  • mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat
  • digunakan untuk membantu penyakit kanser seperti kanser payudara dan membantu pesakit yang menerima rawatan kemoterapi
  • membantu meningkatkan penghasilan insulin yang dapat membantu pesakit kencing manis
  • mengelak dari masalah sakit gusi
  • membantu pesakit parkinson
  • membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma lelaki

Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

CoQHealth Plus Shaklee berbanding jenama-jenama lain di pasaran ..KENAPA ??

  • Anda tidak perlu memakan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli untuk mendapatkan jumlah 28mg CoQ10 dari CoQHealth Plus.
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E di dalam CoQHealth Plus mengukuhkan keupayaan antioksidan Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar semula vitamin E, dan memberikan perlindungan antioksidan yang berterusan.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang membantu kekuatan tisu kapilari darah dan jantung
  • CoQ10 semulajadi daripada yis melalui kaedah penapaian.
  • Tanpa gluten  


“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”




♥ TERIMA KASIH ♥

© Blog Mama Aidiel & Adiena | Template Designed By Blog Bingkisan Hati