Wednesday, May 21, 2014

14 AMALAN DILUASKAN PINTU REZEKI

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Alhamdulillah..bulan Mac lalu berkesempatan ke kedai buku. Terpandang majalah ANIS yang bagi saya amat menarik tajuk yang di bincangkan. "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI"

Pada muka surat 28 ada tertulis 14 AMALAN DILUASKAN REZEKI. Artikel yang disumbangkan oleh Allahyarham Ustaz Rujhan M. Razali.

1. SENTIASA BERTAKWA KEPADA ALLAH
Firman Allah swt "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar (daripada kesusahan) dan Dia meberi rezeki kepadanya daripada (sumber) yang tidak pernah diduga.." (Ath-Thalaq 65:2-3)

2.BERBAKTI KEPADA IBUBAPA
Rasullullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya nescaya sungguh bahagia hidupnya. Allah akan panjangjan umurnya (apabila umur panjang rezeki juga bertambah) " Riwayat Bukhari dan Hakim, daripada Muaz bin Anas)

3. MENJALINKAN SILATURAHIM
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang ingin meluaskan rezekinya dan panjangkan umurnya hendaklah dia menghubungkan silaturahim." (Riwayat Bukhari)

4. BANGUN PAGI 
Sabda Rasulullah SAW lagi:"Bersegeralah mencari rezeki dan keperluan hidup, kerana berpagi-pagi mencari rezeki itu adalah mendapat barakah dan kejayaan," (Riwayat Ibnu 'Adi daripada Aisyah)

5.MELAZIMKAN MEMBACA SURAH AL-WAQI'AH
Sabda Rasulullah SAW "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam, nescaya terhinda daripadanya kepapaan". (Riwayat Bukhari)

6. SOLAT DHUHA
Melazimkan Solat Dhuha, maka sesetengah daripada fadhilat ialah menyebabkan murah rezeki atas orang-orang yang melakukannya.

7. MELAZIMKAN ISTIGHFAR
Mafhum hadis:" Barang siapa yang melazimkan istighfar maka akan dilepaskan dia daripada kesulitan dan diberikan kepadanya rezeki daripada sumber yang tidak diduga."

8. BERTAWAKAL KEPADA ALLAH
Rasulullah SAW bersabda:"Sungguh!Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Merea kelar pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang."

9. BERIBADAH KEPADA ALLAH DENGAN BERSUNGGUH
Firman Allah dalam Hadis Qursi:"Wahai anak Adam !Beribadahlah kepada-ku, nescaya Aku penuhi (hatimu yang ada) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika tidak kamu lakukan, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak aku penuhi keperluanmu."

10. MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH
Rasulullah SAW bersabda:"Tunaikanlah haji dan umrah kerana sesungguhnya kedua-duanya kehilangan kemiskinan dan dosa, sebagaiman api dapat menghilangkan kotoran besi , emas dan perak.

11. BERINFAK DI JALAN ALLAH
Firman Allah SAW :"Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezejki dengan sebaik-baiknya."(Saba' 34:39)

12: MEMBERI NAFKAH KEPADA PENUNTUT ILMU
Mafhum hadis: "...Mudah-mudahan engkau diberikan rezeki dengan sebab dia".

13. MEMBANTU ORANG YANG LEMAH
Mafhum hadis:" ...Bukankah kamu ditolong dan diberi rezeki lantaran orang yang lemah dikalangan kamu."

14. MENJAUHI DOSA BESAR DAN KECIL

~Semoga artikel ini dapat kita amalkan supaya Allah meluaskan rezeki kita.Amin... 
Renung-renungkan..
Selamat beramal...

No comments:

© Blog Mama Aidiel & Adiena | Template Designed By Blog Bingkisan Hati