Thursday, February 21, 2013

Herblax, Lecitin Dan Alfalfa - Pilihan Diet Yang Tepat



Pelbagai cara yang akan dicuba oleh wanita khasnya, lelaki juga tidak terkecuali ye. Untuk kurus ada yangs anggup berbelanja ribuan ringgit untuk ke pusat-pusat pelangsingan, ada yang mencuba hanya dengan memakan ubat-ubatan tertentu, ada juga yang hanya amalkan disiplin dengan bersenam dan bersukan. Walau apa pun pilihan anda, hendaklah dibuat secara konsisten kerana tubuh badan yang tidak dijaga akan mengundang pelbagai kesan negatif.

Untuk kurus dan kelihatan langsing secara sihat mudah sebenarnya. Tapi dengan gaya hidup masyarakat moden sekarang yang bekerja jarang keluarkan peluh, duduk ofis dengan air cond 24 jam, mana lemak hendak dibakar? Kesudahannya semakin hari lemak yang terkumpul semakin susah untuk dibuang. Baru pagi tadi saya mendengar berita di televisyen yang msalah obesiti di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia. Wah, mencatat nama tetapi nama yang gah semacam itu sudah tentu tidak kita sukai.

Mahu kurus bukan sahaja sebab ingin menjaga penampilan tetapi juga sebab kesihatan. Berapa ramai yang obes menghidap pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Kesihatan paling penting dari perkara lain kerana tanpa kesihatan yang baik bagaimana kita ingin menjaga orang lain bukan?

Makanan Penyebab Kegemukan


  • Aiskrim - hati-hati jika anda sedang berdiet. Walaupun nampak macam kecil sahaj dan mungkin ada yang fikir ala aku tidak makan nasi malam, bolehla aku makan makanan ringan ni. Walhal dalam aiskrim mengandungi lemak, kalori dan gula yang sangat tinggi.
  • Kerepek kentang - kunyah memang sedap tapi kandungan garamnya amatlah tinggi. Itu belum lagi dikira kalori dengan lemaknya. Jauhinya sebelum terlambat.
  • Daging yang diproses - seperti sosej,hot dog, masakana segera, burger
  • Jajan gergoreng. Apakah dia? Contohnya seperti goreng pisang, ia digoreng dengan minyak yang diguna berkali-kali, mengundang lemak tidak baik dalam badan.
  • Minuman bersoda - tiada apa-apa faedah dengannya melainkan kandungan gula yang tinggi.
 Ok setelah kita tahu makanan apa penyebab yang boleh menyumbang kepada kegemukan atau obes, mari kita lihat pula apakah cara yang boleh kita cuba dengan berdiet secara sihat. Pasangan 3 serangkai ini memang "hot stuff" kami kerana ianya menjadi buruan setiap orang. Stok pasangan 3 serangkai ini sekejap saja licin dek kerana kesannya yang sangat positif. Kita tengok dulu apa testimoni terbaru yang menggunakan HerblaxAlfalfa dan Lecitin ini.

© Blog Mama Aidiel & Adiena | Template Designed By Blog Bingkisan Hati